BUSANA RAJA SEHARI

 

Keindahan majlis istimewa, saksi termeterai ikatan satu cinta, 2 jiwa.
Kelengkapan pakaian raja sehari & permaisurinya menjadikan hari tersebut hari yang memahat kenangan selamanya.
 

KEGEMBIRAAN DIKONGSI BERSAMA YANG TERSAYANG

 

 

Keluarga & rakan ingin sedondon dengan anda? Kami realisasikan impian anda dengan tempahan secara berkumpulan bagi set pakaian perkahwinan.

 

Temu Janji Mengukur

Adakah anda lebih selesa untuk kami mengukur anda di mana anda berada? Samada di rumah, mahupun di pejabat? Mungkin juga anda mempunyai ramai ahli keluarga dan ingin mengukur beramai-ramai di tempat yang selesa. Tetapkan temu janji bersama kami, dan kami akan datang ke tempat anda. Rebut peluang untuk mendapatkan perkhidmatan ulung kami, terutamanya bagi anda yang berada di kawasan Lembah Klang.